Dalil Allah Wujud Tanpa Tempat

Pendapat Para Ulama Ikutan Ahlus-Sunnah Wal-Jama^Ah
Bahawa Allah Wujud Tanpa Bertempat

1. Pendapat Ulama Ikutan Sepanjang Zaman Selama Lebih 14 Kurun

Kurun Pertama Hijrah:

 Sayyiduna ^Ali ibn Abi Talib radiyaLlahu ^anhu wa-karrama wajhah (w. 40 H) berkata[1]:

كان – أي الله – ولا مكان وهو الآن على ما كان


Maksudnya:
“Allah ada azali, dan tempat tidak ada dan Dia sekarang dengan apa yang
Dia ada (wujud-Nya azali tanpa bertempat)”. Intaha.

 al-Imam Zaynul-^Abidin ^Ali ibn al-Husayn radiyaLlahu ^anhuma (w. 94 H) berkata dalam kitabnya al-Sahifatus-Sajjadiyyah[2]:

أنت الله الذي لا يحويك مكان

Maksudnya:
“Engkaulah Allah yang tidak diliputi oleh suatu
tempat pun”. Intaha. [Dinaqalkan oleh al-Hafiz Muhammad Murtada al-Zabidi dalam kitabnya Ithaf al-Sadatil-Muttaqin]


Kurun Kedua Hijrah:

Al-Imam Ja^far al-Sadiq radiyaLlahu ^anhu (w. 148 H) berkata[3]:
من زعم أن الله في شيء أو من شيء أو على شيء فقد أشرك إذ لو كان على شيء لكان محمولاً ولو كان في شيء لكان محصورًا ولو كان من شيء لكان مُحدَثًا – أي مخلوقًا –
Maksudnya:
“Barangsiapa menyangka bahawa Allah itu berada di dalam sesuatu atau daripada sesuatu atau di atas sesuatu maka sesungguhnya dia telah syirik. Ini kerana jika Dia ada di atas sesuatu nescaya Dia menjadi suatu yang ditanggung, jika Dia di dalam sesuatu nescaya Dia menjadi suatu yang terbatas, dan jika Dia daripada sesuatu nescaya Dia menjadi suatu yang baharu – iaitu makhluk (yang diciptakan)

 [Disebut oleh al-Qushayri di dalam kitabnya al-Risalah al-Qushayriyyahi]

Al-Imam al-Mujtahid Abu Hanifah al-Nu^man ibn Thabit radiyaLlahu ^anhu (w. 150 H) berkata dalam kitabnya al-Fiqhul-Absat[4]:

كان الله تعالى ولا مكان قبل أن يخلق الخلق وكان الله تعالى ولم يكن أَيْنٌ ولا خَلْقٌ ولا شيء وهو خالق كل شيء

Maksudnya:
“Allah taala itu ada (azali) dan tempat tidak ada pun sebelum Dia mencipta makhluk. Dan Allah taala itu ada (azali)
dan suatu tempat pun tidak ada dan suatu makhluk yang lain pun tidak ada, dan Dia pencipta segala sesuatu”


Kurun Ketiga Hijrah:

Al-Imam al-Mujtahid  al-Shafi^i radiyaLlahu ^anhu (w. 203 H) berkata[5]:

إنه تعالى كان ولا مكان فخلق المكان وهو على صفة الأزلية كما كان قبل خلقه المكانَ لا يجوز عليه التغييرُ في ذاته ولا التبديل في صفاته
Maksudnya:
“Sesungguhnya Dia taala ada (azali) dan suatu tempat pun tidak ada, maka Dia mencipta tempat sedangkan Dia di atas sifat keazalian sebagaimana Dia ada (azali) sebelum Dia mencipta tempat. Perubahan tidak harus (pada akal) berlaku ke atas-Nya pada zat-Nya dan tidak juga penukaran pada sifat-Nya”.Intaha. [Dinaqalkan oleh al-Hafiz Muhammad Murtada al-Zabidi dalam kitabnya Ithaf al-Sadatil-Muttaqin]

Al-Imam al-Mujtahid Ahmad ibn Hanbal radiyaLlahu ^anhu (w. 231 H) : 
( tidak berpendapat bahawa Allah ada dengan arah ) sebagaimana dinaqalkan oleh al-Imam al-Hafiz Ibn al-Jawzi al-Hanbali (w.
 597 H) dalam kitabnya al-Bazul-Ashhab[6] dan oleh al-Qadi Badrud-Din Muhammad ibn Jama^ah (w. 833 H) dalam kitabnya Idah al-Dalil[7].


Kurun Keempat Hijrah:

Al-Imam al-Faqih Abu Ja^far al-Tahawi radiyaLlahu ^anhu (w. 321 H) dalam risalahnya al-^Aqidatut-Tahawiyyah[8]:

وتعالى – أي الله – عن الحدود والغايات والأركان والأعضاء والأدوات لا تحويه الجهاتُ السِتُّ كسائر المبتَدَعات
Maksudnya:

“Allah Maha Suci dari batasan, sakatan, sudut, anggota besar dan anggota kecil sedangkan Dia tidak diliputi oleh arah yang enam seperti sekalian makhluk”.

Al-Hafiz Muhammad ibn Hibban radiyaLlahu ^anhu (w. 354 H) dalam kitabnya yang masyhur Sahih Ibn Hibban[9]:

كان – الله – ولا زمان ولا مكان
Maksudnya:

“Allah ada (azali), sedangkan masa tidak ada dan tempat juga tidak ada”.

Source : WA

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Dalil Allah Wujud Tanpa Tempat"

Posting Komentar