Ikhlash dan jenis-jenisnya

Sahabat2 ku

Ikhlas itu menutup rapat amal soleh saperti mana menutup keburukan

Ikhlas itu meniatkan seluruh ibadah khusus dan umum hanya untuk Allah sehingga tidak bangga lagi  tidak terkesan akan pujian dan tidak peduli pada kecaman

Ikhlas itu ketika menghulurkan bantuan tidak mengharap balasan

Ikhlas itu mampu membahagi rezeki sekalipun dalam keadaan terhempit kesempitan

Ikhlas itu merendahkan ego peribadi agar tidak timbual perselisihan

Ikhlas itu tersenyum melihat orang lain bahagia walaupun sedang mengalami dukacita sangat

Ikhlas itu dihujani dengan kata2 nista yang menyakitkan tapi dibalasnya dengan doa kebaikan

Ikhlas itu ketika mampu memaafkan tanpa mengingat serta lupakan segala kebencian dan dendam

Ikhlas itu membalas satu kejahatan melalui selautan kebajikan

Ikhlas menerima kehendak Allah dengan walaupun diawal tidak saperti yang diinginkan

Ikhlas itu nyata zahir Allah maka hilanglah wujud yang baharu ( selain Allah )

Ikhlas itu sempurna maarifatnya dibatin si MUKHLAS sehingga selain Allah  ( alam ini ) tidak lagi  boleh mempengaruhinya...



INILAH ISI ISI DALAM  IKHLAS SIMUKHLAS

RAHSIA RAHSIA SURAH IKHLAS HANYA DIALAMI DIBATIN HATI MUKHLAS YANG DIFAHAMKAN ALLAH APA TERSIRAT DALAM DHOMIR ( gantinama) HUWA...

 والله أعلم...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Ikhlash dan jenis-jenisnya"

Posting Komentar